Salam Sejahtera
Tanggal 16 Mei adalah sambutan hari guru bagi guru-guru seluruh Malaysia. Sambutan pada tahun ini seperti biasa meriah seperti tahun-tahun dahulu.
Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat semua yang bergelar 'cikgu'. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.
Tema Guru 2014 : Guru Pencetus Krativiti , Penjana Inovasi
Seperti biasa sebelum bermulanya majlis, murid-murid diminta berkumpul terlebih dahulu di dewan serbaguna sekolah.
Berikut ialah paparan sepanjang majlis berlangsung :
Aksi murid tahun 4 yang tidak sabar untuk menyambut sambutan hari guru
Wajah pelajar tahun 1 yang bakal membuat persembahan untuk Majlis Sambutan Hari Guru .Ada yang tersenyum gembira, ada yang gementar . Apa-apapun mereka tetap tersenyum gembira . Pelajar tahun 1 akan memperagakan pertunjukan fesyen .
Manakala murid tahun 2 hingga 6 bersiap sedia duduk di kerusi di dalam dewan untuk memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Guru peringkat SJKC Shuh Yen.
Ucapan oleh Pengurusi PIBG Sekolah SJKC Shuh Yen
Pertunjukan fesyen oleh murid-murid Tahun 1
Penyampaian hadiah kepada guru-guru
Aktiviti bermain bola keranjang dan bola sepak di antara guru dan murid-murid
Juadah pada Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014
Pelbagai Aneka juadah ketika sambutan hari guru . Juadah disediakan berasingan antara makanan non muslim dan muslim bagi menghormati guru,staf dan pelajar muslim di sekolah ini seramai 23 orang .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan