Ahad, 7 September 2014

Hari Sukan peringkat Sekolah 2014

 Salam Sejahtera 


Tanggal 31 Julai 2014, SJKC Shuh Yen telah mengadakan sukan tahunan di padang sekolah .Sukan sekolah pada tahun ini jatuh pada bulan ramadhan. Oleh itu, beberapa acara sukan telah berlangsung pada 1 minggu sebelum puasa. Ini adalah bagi menghormati, meringankan dan mengurangkan kadar keletihan murid-murid Islam yang berpuasa apabila memasuki acara sukan pada hari tersebut. 

Sebelum Hari Sukan bermula, pelbagai persiapan telah dibuat. Padang sekolah SJKC Shuh Yen telah dihiasi dengan panji-panji yang berwarna-warni. Kerusi-kerusi juga disusun dengan kemas untuk tetamu kehormat dan para tetamu.
Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah :
  1. Lompat tinggi
  2. Lompat jauh
  3. Lumba lari perseorangan
  4. Lumba lari berganti-ganti
  5. Sukaneka
Piala untuk  Olahragan & Olahragawati Sekolah . Siapakah yang bakal memilikinya ?

Sukan sekolah dimulakan selepas waktu sekolah iaitu pada pukul 1.30 petang.Sebelum sukan sekolah bermula, murid-murid diminta beratur di padang mengikut rumah sukan masing-masing. 

Sebelum acara perbarisan bermula, murid-murid dikehendaki membuat senaman regangan badan terlebih dahulu. Selepas itu, kami menyanyikan lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu Hari Sukan dengan penuh semangat. Kemudian, Guru Besar menyampaikan ucapan. Wakil murid dari Kelas tahun 6, saudara Niyok Hong Jin mengetuai ahli sukan melafazkan ikrar Hari Sukan.








 Niyok Hong Jin adalah mengetuai ahli sukan acara perbarisan dan bacaan ikrar hari sukan.
Rumah Kuning
Ketua rumah sukan  kuning : Lee Man Tong (Tahun 6)
Penolong ketua rumah sukan kuning : Ong Yong She (Tahun 5)


 Rumah Merah
Ketua rumah sukan merah : Tee Sien Rui (Tahun 6)
Penolong ketua rumah sukan merah : Lim Florynix (Tahun 6)

Rumah Biru
Ketua rumah sukan biru : Jonson (Tahun 6)
 Penolong ketua rumah sukan biru : Tay Say Sian(Tahun 6)


Berikut adalah gambar sepanjang Hari Sukan peringkat Sekolah berlangsung :


Perasmian Hari Sukan Sekolah oleh Guru besar dan Pengerusi PIBG



Gambar acara yang berlangsung serentak adalah acara lompat jauh dan lompat tinggi 
























 Acara lumba lari bagi kategori murid tahun 1,2 dan 3




 Acara lumba lari bagi kategori murid tahun 4,5 dan 6



Acara lumba lari berganti-ganti bagi kategori murid tahun 1,2, dan 3



 Acara lumba lari berganti-ganti bagi kategori murid tahun 4,5 dan 6







Acara sukaneka untuk semua kategori murid tahun 1,2,3,4,5, dan 6




























Sukaneka antara guru-guru dan ibu bapa




















 Acara suka-suka sesama guru dan murid-murid 






Selepas acara sukan tamat, majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Para pemenang telah menerima pingat daripada Guru Besar dan wakil PIBG. 







































 Olahragawan 2014 (Tahun 4)


Olahragawati (Tahun 6)






Rumah Biru muncul sebagai johan keseluruhan pada kali ini. 

Tempat Pertama  : Rumah Sukan Biru
Tempat Kedua     : Rumah Sukan Kuning
Tempat Ketiga     : Rumah Sukan Merah 



Hari Sukan telah berakhir pada pukul 5 petang. Ibu bapa dan murid-murid mulai bersurai. Kepada rumah sukan yang kalah supaya tidak berputus asa sebaliknya berlatih bersungguh-sungguh untuk bertanding pada tahun depan. 

Sekian, :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan