Jumaat, 20 September 2013

PROFIL SEKOLAH

LATAR BELAKANG

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shuh Yen telah ditubuhkan sebelum Perang Dunia ke-2 oleh sokongan dermawan-dermawan tempatan Tehel. Pada masa itu, jumlah muridnya lebih kurang 20 orang sahaja dan sekolah ini sekolah persendirian.

Dalam tahun 1942, Tanah Melayu telah diperintah oleh Jepun dan sekolah ini terpaksa ditutup. Selepas Jepun menyerah diri atas keperluan keadaan sekeliling serta bantuan Encik Lee Boon Hu, Encik Hay Lee, Encik Tan Choo Khen dan juga dermawan-dermawan tempatan lain. Sekolah ini dapat dibuka semula pada tahun 1947. Pada masa itu, Sjkc Shuh Yen hanya mempunyai sebuah banggunan rumah atap usang untuk dijadikan bilik darjah. Guru yang bertugas hanya seorang sahaja. Guru Besar pertama yang bertugas iaitu Encik Jau Cheng Sing. Beliau kemudian digantikan oleh Encik Lim Chin Lye, Encik Yong Keng Seng, Encik Lim Lian Teng, Encik Fang Hong Meh, Encik Tan Boon Heng, Puan Ng Chew Ling, Puam Gan Ah Nih, Puan Tham Choy Wan, Puan Looi Sui Luan, Puan Lye Lee Yong dan sekarang Puan Chong Yap Fong.

Sjkc Suh Yen terletak di tepi jalan raya pertengahan jalan di antara Bandar Melaka dan Pekan Jasin. Keluasannya hanya seekar dan pada masa itu, tanah tersebut telah disewa daripada Radella Rubber Estate (M) Ltd. Ahli-ahli Lembaga Pengurusannya terdiri daripada Encik Yong Wee Seong, Encik Tee Hay Lee, Encik Lee Seng Gak, Encik Seng Chong Yong, Encik Yong See Hoe dan Encik Soh Kee Ann. Pada tahun 1968, tanah sekolah ini telah dibeli oleh Encik Lim Ah Wan dan beliau mendermakan pula tanah tersebut kepada Lembaga Pengurusan Sekolah.

Pada 1 Mei 1962 dengan sokongan dan usaha Ahli-ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Sjkc Shuh Yen yang diketuai oleh Encik Lee Seng Gak dan Encik Yong Chin Yau, Sjkc Shuh Yen telah berjaya mendapat  bantuan sebanyak 20 ribu ringgit daripada Lembaga Kebajikan Masyarakat. Dengan wang tersebut mereka telah membina sebuah sekolah yang lebih lengkap untuk menggantikan sekolah lama dengan mempunyai 3 buah bilik darjah, sebuah rumah guru, pondok basikal dan 2 buah tandas. Sekolah baru ini siap dibina pada akhir tahun 1962. Pada tahun 1962, Sjkc Shuh Yen telah diisytiharkan oleh Kementerian Pelajaran yang sekarang dipanggil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Sjkc Shuh Yen dan muridnya pada masa itu telah meningkat ke angka 60 orang murid.

Pada tahun 1964, En. Yong Keng Seng, iaitu Guru Besar yang bertugas di sekolah ini meletakkan jawatan. Lembaga Pengurusan Sekolah telah melantik Guru Besar yang baru melalui iklan di surat khabar. Setelah ditemuduga dan dipertimbangkan, En. Lim Lian Teng telah terpilih sebagai Guru Besar dan dibenarkan menjalankan tugas pada 1 Ogos 1964. Pada masa itu, murid-murid sekolah ini telah meningkat.

Pada tahun 1971, bilangan muridnya telah bertambah seramai 120 orang murid dan bilangan guru seramai 5 orang semuanya. Pada tahun 1974, bilangan murid sekolah ini telah meningkat ke 160 orang murid dan gurunya seramai 6 orang. Oleh  kerana bilangan murid-murid bertambah pada tiap-tiap tahun. Maka bilangan bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi. Lembaga Pengurusan Sekolah telah membuat permohonan bantua kepada Jabatan Pelajaran untuk mendirikan sebuah banggunan baru sebagai tambahan bilik darjah untuk menampung bilik darjag yang sedia ada. Permohonan ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajran pada 13 Oktober 1975 dengan pemberian wang sebanyak RM 15 000. Memandangkan harga membina bangguna tidak mencukupi maka bakinya telah diterima daripada penderma-penderma Lembaga Pengurusan Sekolah, ibubapa, murid dan orang ramai. Kerja membina bangguna  baru yang mengandungi 3 buah bilik darjah itu telah siap dijalankan pada bulan Mei 1977.

Pada penggal ke-2 persekolahan 1979, bilangan guru Sjkc Shuh Yen telah bertambah seorang lagi dan jumlah gurunya menjadi 7 orang. Guru-guru ini mengajar dari darjah 1 hingga darjah 6.

Pada bulan Julai 1978, sekolah ini telah menerima Bantuan Modal sebanyak RM 10 000 daripada Kementerian Pelajaran untuk membina sebuah kantin sekolah, bekalan air dan elektrik. Dengan kerjasam serta usaha Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG sekolah, Maka sebuah kantin yang memberi kemudahan kepada murid seramai 100 orang atau lebih itu telah siap dibina pada bulan Disember 1980. Dengan itu, murid-murid sekolah ini telah mempunyai  sebuah tempat rehat dan makan minum yang selesa.

Untuk menjayakan dan mencapai matlamat KBSR, pihak sekolah dengan bantuan Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG telah berusaha mendirikan sebuah Bilik Bacaan pada tahun 1982. Pembinaan bilik bacaan ini menelan belanja sebanyak RM 4 200. Pembinaan bilik bacaan ini telah memberi kemudahan murid-murid sekolah ini membaca majalah, surat khabat dan buku-buku cerita bagi menambahkan pengetahuan di masa lapang.


OBJEKTIF





VISI


Sekolah unggul penjaja generasi terbilang

MISI

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

SLOGAN

Sjkc Shuh Yen nombor 1

MOTTO


Usaha Tangga Kejayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan