Khamis, 4 September 2014

Lawatan Ke Pulau Ketam


Salam Sejahtera 

Pada tangal 23 Mac 2014, semua guru SJKC Shuh Yen kecuali Ustaz Mohd Radhuan telah membuat lawatan ke Pulau Ketam. 

Kenapa Pulau ini dinamakan Pulai Ketam ???
 Sebabnya terdapat perlbagai jenis ketam di sini. 


Intro Pulau Ketam

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan KlangSelangor,Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku.

Pulau ini mampu memberi tarikan pelancong terutama dari luar negara kerana untuk sampai ke sini amat mudah. Kalau dari Kuala Lumpur, kita perlu menaiki komuter ke Pelabungan Klang. Seterusnya menaiki feri untuk sampai ke destinasi dengan tambang hanya RM7.00 sahaja.














Jika teringin merasai ketam segar dan masakan laut yang istimewa, Pulau Ketam adalah destinasinya. Terdapat hotel dan Homestay yang disediakan dengan harga yang perpatutan. Bersedialah untuk berbasikal mengelilingi pulau ini dan beramah-mesra dengan penduduk kampung. Kerana kehadiran anda sentiasa disambut dengan senyuman. Yang pasti, penduduk yang agak berusia atau pesara adalah majoriti penghuni pulau yang unik ini.

Sekian, :)


p/s : gambar ketam tiada, haraf maaf :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan