Jumaat, 20 September 2013

KATA ALUAN GURU BESAR


Sejarah telah membuktikan bahawa kecemerlangan pendidikan merupakan asas kejayaan sebuah Negara dan Bangsa.

Pendidikan juga merupakan warhana terpenting dalam pencapaian matlamat NKRA yang bertaraf dunia, disanjungi dan dihormati. Keberhasilan amat bergantung kepada perancangan yang strategik dan teliti, pengurusan yang berkesan dan efisien serta komitmen yang tertinggi di kalangan warga pendidik.

Pendidikan yang mengintegrasikan aktivii kurikulum dan kokurikulum hendak dirancang dan dilaksanakn dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat tersenut. Ini bermakna setiap pelajar mesti diberi pendidikan yang menyeluruh di aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Semoga hasrat kami untuk menjadi sebuah institusi yang mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia dan amat berprestij.

Chong Yap Fong
Guru Besar
Sjkc Shuh Yen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan