Salam Sejahtera
Blog Sjkc Shuh Yen kembali aktif setelah sekian lama menyepi.
Walaupun program ini telah beberapa bulan berlangsung akan tetapi sekolah juga turut ini melahirkan amalan membaca dikalangan murid dan guru-guru ketika program jom baca bersama untuk 10 minit yang berlangsung secara serentak di suluruh Malaysia.
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.
Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.
Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.
Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
Marilah kita semua mengajak seluruh rakyat Malaysia bagi berhenti sebentar semua perkara anda lakukan pada 22 April ini dan memmembuka buku. Tidak mengambil masa yang lama. Luangkan masa hanya 10 minit. Buka buku, surat kabar, majalah, bibiografi, jurnal atau sebagainya. Mari jadikan rakyat Malaysia rakyat berilmu.
AGENSI PENGANJUR
Program ini adalah anjuran PPAS dan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama agensi berikut : (PPAS sebagai urus setia dan mengetuai program ini)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Jabatan Pelajaran Negeri
Pejabat Pendidikan Daerah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM
Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM
Jabatan / Badan Berkanun Pusat dan Negeri
Jabatan Pelancongan Negeri
Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
IPTA/IPTS
Lain-lain jabatan
Pusat Beli-Belah/ Pasar Tani/ Pasar Pagi/ Lapangan Terbang/ penaja yang ingin mengikuti program ini bersama.
Ia turut diterajui oleh semua Perpustakaan Awam Negeri Se-Malaysia (di bawah Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM)
1> Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
2> Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
3> Perbadanan Perpustakaan Perak
4> Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
5> Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
6> Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
7> Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
8> Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
9> Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
10> Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
11> Pustaka Negeri Sarawak
12> Perpustakaan Negeri Sabah
13> Perpustakaan Kuala Lumpur
Program jom baca bersama ini dijalankan serentak di seluruh Malaysia . Di sini terdapat beberapa gambar jom baca bersama untuk 10 minit ketika program ini berlansung pada beberapa bulan yang lepas
Guru menerangkan kepada murid tahun 1 mengenai program membaca ini.
Murid tahun 2 sedang leka membaca buku
Guru bersama murid tahun 3 membaca buku bersama-sama
Murid tahun 4 menunjukkan buku yang dibaca oleh mereka
Murid tahun 5 adalah kelas menunjukkan minat membaca
Begitu tahun 6 juga memberikan kesan yang positif untuk membangkitkan amalan membaca.
Walaupun kesibukan P&P guru juga turut meluangkan masa untuk program menbaca untuk 10 minit.
OBJEKTIF PROGRAM
Sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan(school after school).
Mewujudkan sinergi yang cekap antara 13 perpustakaan awam negeri seluruh Malaysia dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, jabatan dan agensi lain di peringkat negeri dan nasional dalam merangka proses pembelajaran sepanjang hayat yang holistik.
Melahirkan masyarakat dan generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran yang tinggi.
PELAKSANAAN
Program ini akan dilaksanakan pada 22 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 22 April 2014 (Selasa)selama 10 MINIT dari jam 10.00 PAGI hingga 10.10 PAGI secara serentak di seluruh Malaysia.
Sasaran pembaca meliputi pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri:
a) Kanak – kanak pra sekolah atau seawal boleh bertutur ( 2 tahun)
b) Pelajar Sekolah-sekolah seluruh Malaysia
c) IPTA dan IPTS seluruh negara
d) Kakitangan awam dan semua agensi kerajaan
e) Badan-badan korporat dan GLC seluruh Malaysia
f) Kakitangan swasta/syarikat seluruh Malaysia
g) Persatuan dan NGO seluruh Malaysia
h)Pengguna-pengguna Perpustakaan Awam/Akademik/Khusus seluruh Malaysia
i) Individu atau orang perseorangan yang terlibat
j) Pusat membeli-belah.
Walaupun program ini telah lama berlangsung, budaya membaca sentiasa diterapkan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shuh Yen.
Sekian, :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan